Kuala Kubu Bahru, 23 Disember 2025 – Kursus Kejurulatihan Tahap 1 (KKT1) dan Kursus Kejurulatihan Tahap 3 (KKT3) anjuran KRS Musleh telah berjaya dilaksanakan dengan penyertaan yang amat menggalakkan melibatkan pegawai dan kadet dari pelbagai kategori kemahiran.
Bagi Kursus Kejurulatihan Tahap 3 (KKT3), seramai 29 orang peserta telah mengikuti dua modul utama iaitu Memanah Tradisional dan Basic Self Defence (BaSeD). Modul Memanah KKT3 mencatatkan penyertaan 20 orang pegawai terdiri daripada 8 lelaki dan 12 perempuan, manakala modul BaSeD KKT3 pula disertai oleh 9 orang peserta yang terdiri daripada 7 lelaki dan 2 perempuan, melibatkan pegawai serta seorang kadet.
Sementara itu, Kursus Kejurulatihan Tahap 1 (KKT1) mencatatkan penyertaan tertinggi dengan jumlah keseluruhan 80 orang peserta melibatkan pegawai dan kadet. Modul Memanah Tradisional KKT1 disertai oleh 24 orang peserta, diikuti modul Basic Self Defence (BaSeD) seramai 17 orang peserta, manakala modul Kawad Kaki KKT1 merekodkan penyertaan tertinggi iaitu 39 orang peserta.
Secara keseluruhan, pelaksanaan Kursus Kejurulatihan Tahap 1 dan Tahap 3 telah melibatkan seramai 109 orang peserta dengan pecahan 48 lelaki dan 61 perempuan. Selain itu, program Kursus Pengurusan Pegawai Waran 1 (KPPW1) turut dilaksanakan dengan penyertaan seramai 22 orang, terdiri daripada 21 kadet peserta dan seorang pegawai pengiring.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan penyertaan bagi program KKT dan KPPW1 seramai 131 orang dengan pecahan 59 lelaki dan 72 perempuan.
Penyertaan yang memberangsangkan ini membuktikan komitmen tinggi pegawai dan kadet KRS Musleh terhadap usaha memperkukuh kemahiran, disiplin serta kepimpinan melalui program latihan yang disusun secara sistematik dan berfokus. Program seumpama ini diyakini mampu melahirkan modal insan yang lebih berkualiti dan bersedia memikul tanggungjawab kepimpinan pada masa hadapan.





